Monday, June 10, 2013

Terima Kasih Ya Allah, I Love You Allah

5:00 pm 130610
Petang. Takdak aktiviti n kami just rileks rileks je dalam bilik. Azan asar berkumandang. Aku pun bangkit n menyusul mengambil wuduk. 
Usai wuduk, menuju ke musalla level 1 ZC. Letih terasa kerana sekarang minggu taaruf atau orientasi which is memenatkan dan hati kecil mengatakan kemalasan. Sedang aku memakai telekung,

'Dia': *cuit bahu aku* awak, jom solat jemaah sama sama.
Aku : *blank* ah?? Tak naklah,tak pandai jadi imam *sedikit salah faham ingatkan dia suruh jadi imam*
'Dia': eh? Jom la jemaah.
Aku : *tersedar dari blank* a ah jom kite solat sama sama.

And then kitaorang pon solat asar berjemaah. Si 'dia' imam,aku makmun.just 2 of us.
Ya Allah, Subhanallah. Aku terkedu dan terharu saat itu. Saat aku merasakan tidak bermaya dan sedikit tidak ikhlas untuk menghadap-Nya, si 'dia' mengajak aku untuk berbuat pahala malah pahala yang lebih besar daripada kebiasaan. InsyaAllah, pahala berjemaah itu adalah 27 kali pahala solat sendirian. Seriously aku tak pernah alami perkara macam ni.
Aku berfikir sejenak.. Selama ini aku tidak bersungguh sungguh dalam mencari keredaan-Nya. Sekadar melakukan yang fardu yang terkadang aku lalai untuk mencari dan mencintai Allah.Nauzubillah, ampunkanlah segala dosa dosa lampau ku Ya Allah. Mungkinkah dengan peristiwa ini Dia menunjukkan jalan kepadaku untuk lebih bersungguh sungguh dalam mendekati dan mencintai Allah. Melalui si 'dia'?

Then lepas solat,kami bersalaman..
'Dia': Nama apa? Asal mana?
Aku : Nama Amni. Asal Kelantan. Awak?
'Dia': eh samalah. Saya asal Kelantan jugak.

Then kami pun borak borak and automatically the loghat Kelantan just coming out from our mouth :p
Dalam hati, *bangganya aku* hehe. Awak, thanks sebab sudi jadi imam dan bermakmun kan saya :)

Staying here make me realise that Islaminasi dalam lifestyle aku masih tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan aku di sana nanti. Aku harap di sini, aku akan belajar untuk menjadi muslimat yang sejati. InsyaAllah. Doakan aku ye semua hehe.

Stay chill and cool. Bye. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment