Friday, April 26, 2013

Just a Little Regret

Assalamualaikum and Hi all.

Lately, nope tiga hari lepas kot I feel my heart and soul was full of regret. For some reason, aku menyesal kerana melepaskan peluang yang terbentang luas kat depan aku. I dont know why but I was unconsciously push the chance aside. And now, Im thinking, what actually I was doing during that time?! Kalaulah aku put just a little effort, maybe my dream will becomes true. Sesal Sesal . Jujur, aku memang seorang yang mudah putus asa, sometimes. Once orang cakap tak payah buat, aku terus tak buat. Once aku blank and tak faham sesuatu aku terus give up. Terus tak nak buat somethings about that. Tak terfikir pun nak fight atau pun usaha untuk improve kan benda yang aku tak boleh buat.

Sama lah dalam aku punya drama bila aku belajar Additional Mathemathics. Sebelum aku naik Form 4, Add Math was already famous with its scary questions and a lot of confusing formulaes yang tak pernah habis diterokai and dipelajari. Ramai orang cakap macam tu then aku pun terus down. Macam mana lah aku nak study kalau aku masuk kelas sains nanti form 4? Boleh ke aku survive ni? Pastu SPM nanti macam mana? Alamak mesti aku tak boleh punya dengan Addmath ni. Arghh stress stress. Sampaikan to a point, aku nekad tak nak masuk kelas sains and decide nanti form 4 nak amik kelas sastera. See, betapa coward nya aku.

Then, form 4 I got to be in science stream because I did well in PMR. Tak boleh pilih kelas sastera sebab sekolah aku dah takdak aliran sastera time batch aku. Nah, amik kau . Selalu tertanya-tanya apakah aku akan survive dengan baik kali ni? I have no confidence with my own ability. Then I decided to go with the flow. Ah, tak kesah lah kalau aku paham ke idak addmath tuh. Kalau paham aku just go, kalau tak, go jugak. Haha senget weh. Ala-ala ayat redha gitu lah.

Consequently, aku memang tak boleh kawan baik dengan Addmath. Time aku form 4 tuh, tak pernah sekali pun grade A aku jejak. Bukan A, B pun jauh aku nak kejar. Sadlife. Setiap kali exam, markah aku cukup-cukup makan je. Asyik-asyik C je. Jeles tu jelaslah, dengan member-member aku yang skor kat addmath. But still I was not doing anything about Addmath. Nor effort neither change. Yang ada hanyalah bebelan like, "Siapalah yang susah-susah cipta mende yang namanya Additional Mathematics ni, menyusahkan generasi aku yang kena belajar and hafal formula-formula yang entah hapa-hapa tuh !" *sorry,saya pada masa itu hanyalah seorang budak yang bercakap ikut sedap hati perut dia je* . Homework aku tak buat,cikgu ajar kat depan,aku tengok whiteboard tu blankly jer *jom ramai-ramai lempang aku*. And result aku mesti cacat sebab subjek lain I did well but not in Addmath. Tapi aku buat cool and chill je sebab aku dah decide to go with the flow. Aku kata aku optimistik, just think nothing but positively. And aku percaya, one fine day everything will be fine with the Addmath.

Tapi tapi tapi in the midst of that, ada lah kadang-kadang once or twice a while aku sedar yang aku perlu fight untuk improve-kan aku punya Addmath tapi tak improve pun sebab aku punya strategi was the bad one. Dah la tak biasa dengan soalan. *Ah,habis sape suruh ko bagi cold shoulder kat Addmath tuh?* 

I remembered, my bad impression about Addmath was changed when I was in Form 5. Once, teringat my former Addmath's teacher, Cikgu Harun told, "Percayalah kata cikgu nih, sesiapa yang dapat C time exam biasa akan ada peluang dapat A dalam exam SPM" and he keep told that "Addmath ni senang la sebenarnya, kita yang membuatkan dia susah sebab kita jer yang asyik cakap susah,susah then macam mana nak jadi senang". So, the main thing is the mindset. We have to change our mindset to the positive one if we want to change for the better.

Lepas muhasabah diri dan sedar aku ni ada masa depan yang perlu dicerahkan, aku wake up and did my very best when it came to Addmath. Walaupun aku ni kekadang blur time cikgu explain, mende tau but I kept practice and practice. And I just proved that practices really make perfect ! *thumb* Eventually, A+ was written on my SPM result's slip. Alhamdulillah. Nak nangis pun hado time tengok A+ kat tepi Additional Mathemathics.

And NOW, I think my journey after this will be same with this one. I guess but up to Allah, He knows the best for me InsyaAllah everything will be going well. Walaupun aku rasa sedikit menyesal pada saat ini, aku just fikir positif. Alah, yang lepas,lepas sudah yang penting sekarang ni. Menyesal boleh, tapi cepat-cepat bangun and go on. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Ye, aku percayakan itu dan korang semua pun mesti. Mesti ! hehehehe

And sebelum aku chaw ni, I reallly want to say "Terima Kasih Cikgu !!" to all my six Addmath teacher. Caya tak? cikgu yang pernah ajar Addmath aku kat sekolah semuanya 6 orang. Sungguh mencabar. Cikgu Pinah. Cikgu Razuwan, Cikgu Harun, Cikgu Farah, Cikgu Rosliza,and lastly Cikgu Sapri. Terima Kasih Cikgu semua ! Finally, aku dah buktikan apa yang cikgu Harun bagi tau. Thanks cikgu,sebab cikgu yang cool and the best ni lah saya ambil kata-kata cikgu jadi cabaran :) Yang pasti, sekarang aku dah tak menyesal sebab lepaskan peluang untuk study oversea sedangkan aku boleh. Hmmm pasrahhh

Last but not least. bye uolls. Lain kali update lagi euheuheu. Abaikan typo, mybad. Sorry entry sedikit panjang sekadar mahu berkongsi pengalaman dan luahan hati. Dan kalau ada kesalahan ayat atau tatabahasa tu toksah lah duk betulkan saya dah pass dah SPM hehe gurau sajaaa. Bye Assalamualaikum..