Monday, April 21, 2014
Baik
Once, cikgu Bio aku, Cikgu Romlah pernah cakap,
"Kita kalau boleh mudahkan kerja orang, barulah orang lain mudahkan kerja kita"
That quote still melekat lagi kat kepala aku sampai aku bermastautin di bumi Gambang. And honestly, kat mana-mana je aku stay aku sentiasa ingat apa yang cikgu cakap especially bila kita buat kerja dengan orang.
I dont know but that phrase is like,stuck in my head. And I decided that will be my way of life. Naturally, bila buat kerja aku try untuk praktikkan. Bila ada program aku join, niat nak tolong apa yang patut walaupun aku punya skil ni tak seberapa. And aku still wondering whether it had already affected me or not. Tapi tak tau lah sama ada aku tak perasan. Tapi aku nekad untuk still wondering.
Sebab kita tak tahu bila kita tolong seseorang tu, its really mean a lot to his/her. Jangan refuse atau buat tak endah bila orang mintak tolong kita. Mana tahu, kitalah yang Allah jadikan perantara untuk kabulkan doa seseorang. Subhanallah, untungnya dapat pahala lebih.
Tak salah kalau kita tolong orang even kita sendiri pun busy, diri kita pun tak tertolong. Aku yakin, kalau niat lillahitaala, Allah akan bantu kita. Tak mengapa jika kita korbankan masa kita, tenaga kita untuk mudahkan kerja orang lain. Tak payah risau, Allah akan tolong.
Malam ni. Appreciation Night untuk kami the pioneer, Al-Fateh kat bumi Gambang ni. Share gambar kat whatsapp family, angah cakap , "owwhhh okay. Patut pun lama tak hantar mesej, tak call, busy rupanya".
Ya Allah, sentap. Ni mesti ummi tanya angah, aku ada call ke tak. 2-3 minggu ni call sekali dua je ummi. Tak sempat, aku masuk bilik untuk tidur je, study untuk quiz and test buat yang termampu je. Tak melebih-lebih, aku tahu ramai lagi yang even lagi busy dari aku.
Setiap hari dalam hati teringat nak call ummi. Final dah nak dekat. And my grade setakat ni still insecure, tak menjamin apa-apa yang hebat. Nak mengadu kat ummi, nak mintak support dari ummi. Aku pun tak tau kenapa aku takdak masa untuk call ummi lebih kerap. Tersedar. Walaupun kelas penuh,pagi sampai petang, program itu ini aku still kena cari masa untuk ummi.
Moga Allah bantu aku. Bantu aku untuk kuat. Dan aku tahu aku perlu kuat.
Secretly.and.Humbly.
Assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment